Perak Hari Ini

Lagi Sumbangan Hari Raya Disampaikan

Ayer Tawar, 2 Sept, 6.00 petang- Bertempat di perkarangan Masjid Al-Aqsa, Sungai Ramal, Ayer Tawar, buat pertama kali dalam sejarah penduduk Kampung Sungai Ramal telah menerima bantuan hari raya kepada semua penduduk kampong tersebut.

Bantuan dalam berbentuk makanan telah disampaikan kepada warga miskin, Orang kurang upaya (OKU) dan anak-anak yatim.

Majlis ini telah disempurnakan oleh En. Azhar Ahmad (Pegawai Khas Menteri Besar Perak) dengan kerjasama ahli-ahli kariah masjid tersebut.

Sumbangan ini di harap dapat meringankan beban penduduk  kampung di mana pendapatan mereka kurang dari RM600 sebulan. Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk menyambut Aidil Fitri yang akan tiba.

Majlis ini diserikan lagi dengan bacaan tahlil sebelum semua penduduk kampung bersama-sama berbuka puasa.

En.Azhar berharap, dengan adanya majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.

Penghargaan jutaan terima kasih kepada En.Azhar Ahmad yang telah menjayakan program ini dan juga kepada semua Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Aqsa. Turut hadir sama semua penduduk kampong tersebut untuk menyambut baik terhadap majlis ini.

KLIK PADA LINK INI UNTUK GELARI GAMBAR SEKITAR MAJLIS INI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");