Perak Hari Ini

Majlis Ilmu bersama Ustaz Khazim Elias di Kediaman Rasmi MB

Ipoh – 19 Sept Program Majlis Ilmu bersama A.F. Ustaz Khazim Elias Al Hafiz telah diadakan di kediaman rasmi MB, program ini adalah program dwi bulanan yang dianjurkan oleh Kumpulan Dakwah Islamiah Darul Ridzuan (KADIR)

Program ini telah bermula sejak dari awal tahun lagi, pada mula program ini, hanya berpuluh sahaja peserta yang menyertainya, selepas baru beberapa bulan sahaja majlis ilmu ini telah berjaya menarik ribuan peserta dari negeri Perak dan negeri-negeri sekitarnya.

Dalam majlis semalam, jumlah peserta yang hadir melebihi 1700 orang, sesungguhnya majlis ilmu yang penuh dengan barakah ini telah mendapat rahmat dari Allah s.w.t. kerana jumlah bilangan peserta bertambah dengan begitu mendadak sekali.

Sempena bulan Syawal, Menteri Besar Perak juga telah mengadakan sekali jamuan raya untuk kesemua peserta majlis ilmu ini, meriah sekali sambutannya dan ramai yang terpesona dengan layanan mesra yang diberikan oleh Menteri Besar Perak ini.

Perak Today difahamkan, majlis ilmu ini terbuka kepada semua umat Islam tidak kira samada dari dalam negeri Perak mahupun luar. Apa yang menariknya dalam majlis ilmu ini ialah Ustaz Khazim menyampaikan semua ceramahnya dengan gayanya yang bersahaja tetapi penuh berisi.

Untuk makluman pembaca Portal Perak Today, majlis seterusnya akan diadakan pada 3hb dan 17hb Oktober depan, sesiapa yang berminat, bolehlah menyertai majlis ilmu ini. Perak Today ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Saudara Hamdan Taha dan Saudara Azhar yang telah sudi menjemput kami ke majlis ilmu ini.

Untuk melihat gambar penuh, sila klik sini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");