Isu Panas

Mimpi Ngeri Penduduk kaum Melayu Pulau Pinang

Penduduk Kampung Melayu Tanjung Tokong tidak dapat tidur malam. Sebabnya, ‘puaka’ Kampung Buah Pala sedang mengamuk dan menghantui mereka.

Seperti Kampung Buah Pala, penduduk Kampung Melayu Tanjung Tokong bimbang perkampungan mereka yang penuh bersejarah juga akan dimusnahkan oleh kerajaan negeri atas alasan pembangunan.

Pakar-pakar sejarah mendakwa Kampung Melayu Tanjung Tokong merupakan perkampungan nelayan Melayu paling tua di Pulau Pinang. Malah perkampungan tersebut telah wujud sebelum kedatangan Francis Light ke Pulau Pinang pada tahun 1786. Bagaimanapun berbeza dengan Georgetown, Kampung Melayu Tanjung Tokong tidak termasuk dalam Warisan Dunia UNESCO sekalipun kewujudannya cukup signifikan kepada sejarah Melayu di pulau tersebut.

Kerajaan Negeri baru-baru ini mengarahkan pemberhentian sebarang kerja-kerja pembangunan Tanjung Tokong yang dijalankan oleh UDA. Bagaimanapun, penduduk tetap tidak berpuas hati dengan permainan politik yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri.

Projek pembangunan Kampung Melayu Tanjung Tokong telah dimulakan oleh kerajaan BN iaitu semenjak 1974. Namun usaha-usaha pemindahan yang dilakukan oleh UDA tidak pernah berjaya sepanjang Barisan Nasional mentadbir Pulau Pinang. Perkampungan seluas 64 ekar tersebut telah dipajak kepada UDA pada 1974. Ianya bertujuan untuk menyusun semula kaum Melayu di Pulau Pinang sebagaimana yang dirancang oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.

UDA menawarkan satu unit rumah pangsa kepada penduduk Kampung Melayu Tanjung Tokong.

Bagaimanapun menurut Mohd Salleh Yahaya, Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Melayu Tanjung Tokong, UDA telah menggunakan kesempatan dengan memecahbelahkan penduduk dengan membuat tawaran yang ‘tidak seimbang’. Pun begitu, sekalipun sebahagian daripada penduduk kampung terpengaruh dengan tawaran UDA, kebanyakan penduduk kampung bersatu untuk mengekalkan kampung bersejarah itu.

“Sepatutnya kerajaan negeri perlu membentuk sebuah pasukan khas untuk mengatasi masalah. Pasukan khas tersebut sepatutnya menjadi orang tengah antara UDA dan penduduk kampung,” katanya lagi.

Namun, kerajaan negeri seringkali mendakwa mereka TIDAK BERKUASA untuk menahan UDA daripada menyusahkan penduduk kampung itu, meratakan perkampungan mereka dan menjalankan projek pembangunan, sekalipun kerajaan Barisan Nasional sebelum ini berjaya menahan UDA daripada berbuat begitu semenjak 1974 lagi.

Agak aneh apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng, BERKUASA pula untuk menahan sebarang projek pembangunan UDA di perkampungan nelayan Cina dan jeti kongsi Cina dengan mengiktiraf perkampungan terbabit. Untuk kampung Melayu pula, kerajaan negeri Pulau Pinang TIDAK BERKUASA dan menyalahkan kerajaan terdahulu, walhal perkampungan nelayan Cina dan jeti kongsi Cina itu juga termasuk dalam projek pembangunan UDA pada zaman Barisan Nasional mentadbir Pulau Pinang.

Kampung Melayu Tanjung Tokong kini meliputi kawasan seluas 24 ekar yang menempatkan 300 buah rumah di mana 30 daripada rumah-rumah tersebut dibina secara haram. Sebahagian besar daripada kawasan sebenar perkampungan tersebut telah dibangunkan oleh UDA dengan pembinaan rumah-rumah pangsa untuk golongan Melayu berpendapatan rendah.

Idea pembangunan dan pembinaan semula serta peningkatan taraf kampung itu di bawah UDA adalah idea Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Ke-2 Malaysia, bapa kepada Najib Abdul Razak pada tahun 1972. Tujuannya adalah untuk mewujudkan penempatan Melayu di Georgetown.

Bagaimanapun, idea Tun Razak itu memakan diri apabila kerajaan DAP yang berjaya menguasai Pulau Pinang menggunakan UDA untuk menghalau Melayu keluar dari perkampungan mereka, manakala pembangunan di tapak perkampungan mereka pula, dibuka untuk semua orang tanpa mengira bangsa, terutama dengan harga rumah yang tidak mampu dibeli oleh Melayu.

The Flying Kick

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");