Perak Hari Ini

Minta LAP kurangkan 25 peratus

IPOH – Kerajaan Negeri menggesa Lembaga Air Perak (LAP) supaya mengurangkan non revenue water (NRW) menjelang 2015 sebanyak 25 peratus.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air, Datuk Ramly Zahari berkata, prestasi kewangan dan keberkesanan operasi dapat dipertingkatkan sekiranya kadar NRW dapat dikurangkan.

“Kadar NRW pada 2009 sebanyak 30 peratus perlu diturunkan kepada 25 peratus menjelang tahun 2015 supaya penjimatan NRW dapat dilaksanakan.

“Ini kerana setiap pengurangan sebanyak 1 peratus akan memberi penjimatan sebanyak RM 2 juta,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kesatuan Pekerja-Pekerja LAP di Ibu Pejabat LAP, kelmarin.

Hadir sama Pengurus Besar LAP, Datuk Ir Mohd Yusof Mohd Isa; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Syed Shahir Syed Mohamud.

Menurutnya, NRW perlu dilihat sebagai musuh utama yang perlu ditangani semua pihak di LAP.

“Sekiranya kadar NRW berjaya turun pada tahap yang disasarkan, lembaga pengarah LAP wajar mempertimbangkan insentif khas bagi menghargai pencapaian tersebut.

“LAP telah berjaya menunjukkan prestasi kewangan memberangsangkan apabila dijangka memperoleh RM95 juta pada tahun ini yang bakal mencipta sejarah dalam negara,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja LAP, Zainal Ismail berkata, pihaknya memohon supaya kerajaan negeri dapat memberi peruntukan subsidi air kepada semua pekerja LAP dan selepas bersara.

“Ini kerana gaji bekas kakitangan LAP akan berkurangan selepas bersara, jadi diharap peruntukan subsidi dapat mengurangkan beban mereka.

“Kami juga memohon supaya sesetengah jawatan dalam LAP dapat di naik tarafkan dan ini akan dipanjangkan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");