Berita Hari Ini

Muhyiddin: Program kemiskinan Bumiputera bukan dasar rasis

Muhyiddin: Tak ada dasar diskriminasi (atau) dasar perkauman, ini adalah dasar nasional.

MARAN, 3 Sept — Program bantuan kemiskinan yang dilihat melebihkan kaum Bumiputera, tidak boleh ditafsirkan sebagai satu dasarperkauman, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata setiap program kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara jelas mahu membantu semua kaum yang dilihat amat memerlukan bantuan berkenaan.

“Tak ada dasar diskriminasi (atau) dasar perkauman, ini adalah dasar nasional, dasar untuk mengimbangkan pengagihan kekayaan tanpa mengira kaum, yang kita tahu sejak daripada tahun 1970 (sejak Dasar Ekonomi Baru),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pembasmian Miskin Tegar dan Miskin Bandar Negeri Pahang, di sini, hari ini.

Mengulas tindakan pihak tertentu yang melabelkan tindakan kerajaan yang lebih membantu kaum Bumiputera sebagai rasis, Muhyiddin berkata mereka yang terbabit membuat kenyataan sedemikian sebenarnya lebih bersikap rasis.

“Sepatutnya tidak ada pihak yang melabelkan dasar untuk membantu Bumiputera yang masih miskin dan lemah sebagai dasar perkauman kerana DEB dahulu apabila dilancarkan diterima untuk semua kaum dan bukan untuk Melayu.

“Perkara ini tak sepatutnya timbul kerana mereka lebih rasis kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya. — Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");