Berita Hari Ini

Muzikal Tun Mahathir

Pementasan teater Muzikal Tun Mahathir menjadi lebih bermakna apabila isteri kepada negarawan tersebut iaitu Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menyaksikan teater berkenaan malam tadi.

Isteri bekas Perdana Menteri itu hadir di Panggung Sari Istana Budaya setelah teater tersebut mula dipentaskan pada umum sejak Sabtu lalu.

Turut menyaksikan teater itu ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isterinya, Datin Seri Masnah Rais serta Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Teater tersebut dipanjangkan tempoh pementasannya sehingga 9 Oktober ini kerana mendapat sambutan menggalakkan. Muzikal Tun Mahathir menampilkan pelakon seperti Esma Daniel dan Zizan Nin yang melakonkan watak Dr. Mahathir, manakala Erra Fazira membawakan watak, Siti Hasmah. Utusan Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");