Berita Hari Ini

Namewee Disoal Siasat SKMM lebih Tujuh Jam

Wee Meng Chee atau Namewee yang menghasilkan klip video terbarunya mengisahkan seorang pengetua sekolah didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman tampil memberikan keterangan kepada pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari 12 tengah hari hingga 7.30 malam di SKMM, Cyberjaya di sini, Jumaat. Tindakan Namewee menerbitkan klip video terbarunya itu selepas klip video 'Negarakuku' sebelum ini menunjukkan pemuda itu masih belum berubah dengan melakukan tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian perpaduan kaum di negara ini

CYBERJAYA: Pencipta lagu kontroversi, Wee Meng Chee, Jumaat disoal siasat lebih tujuh jam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung klip videonya dalam YouTube, yang mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Johor kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini.

Wee atau lebih dikenali sebagai Namewee, yang ditemani pengurusnya Fred Wong, tiba di ibu pejabat SKMM di sini pukul 12.30 tengah hari dan selesai memberi keterangan kira-kira 8 malam.

Ketika ditemui pemberita, Wee berkata beliau diminta hadir semalam untuk memberi keterangan berhubung klip video berkenaan.

Katanya, beliau disoal siasat empat pegawai polis dan SKMM, namun enggan mendedahkan maklumat yang diberikan kepada mereka.

“Mereka tidak memberi sebarang amaran kepada saya atau mengugut saya dengan tindakan tertentu. Mereka hanya ingin mendapatkan butiran mengenai video klip yang saya hantar dan saya telah menjawab semua soalan mereka.

“Saya menjawab dengan jujur kerana saya tidak mempunyai sebab untuk berasa takut, niat saya menghantar klip video itu ialah sebagai bantahan terhadap sikap perkauman dan bukan kerana saya rasis,” katanya.- BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");