Berita Hari Ini

PAS Tak Boleh Beza Pelancong Dengan Ahli Politik

Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada Mac 2010 mengenai pelancong yang dibenarkan masuk ke dalam kawasan masjid dan ruang sembahyang dengan kebenaran pihak berkuasa masjid dan surau menjadi senjata PAS dalam berhadapan isu pencemaran masjid oleh kaum kafir lahanat daripada DAP. Tidak cukup dengan itu, MP Serdang bergambar pula dengan Nik Aziz bagi menunjukkan restu PAS atas tindakannya mencemarkan kesucian surau dan masjid bagi kepentingan politik DAP. Dalam masa yang sama seorang ADUN PAS pula digambarkan memasuki sebuah kuil di Selangor. Bab-bab propaganda pembelit ini memang tiadalah yang lebih mahir melainkan pembangkang seperti PAS.

Agaknya apa yang PAS faham tentang keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan menyebut ‘pelancong’ secara khusus kalau semua bukan Islam dibenar berada dalam kawasan mimbar masjid? Senibina masjid di Malaysia memang diakui menarik dan mempunyai nilai dari segi pelancongan dan inilah yang sebenarnya dimaksudkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dalam membuat keputusan itu. Kita yakin Majlis Fatwa bukan kurang perbendaharaan kata kalau benar mahu membenarkan seluruh umat bukan Islam masuk masjid/surau secara suka hati. Tapi bila ‘pelancong’ disebut secara khusus, mestilah ada penjelasan dan penyebabnya seperti yang diterangkan di atas.

Pesuruhjaya PAS selangor sendiri BARU nak mencadangkan garis panduan bagi orang bukan Islam mengunjungi masjid dan surau (disini), kalau fatwa itu sahaja sudah cukup, kenapa nak ada garis panduan lagi? Itupun perkara-perkara seperti perlakuan serta tingkah laku mereka (pelancong) tidak mencemarkan kesucian masjid yang turut disebut dalam keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu, tidak langsung disentuh oleh PAS terutama Mahfuz Omar. Kita tidak hairan bab petik-petik separuh ini kerana kalau tafsiran al-Quran pun PAS boleh petik mana yang berguna kepadanya saja apatah lagi keputusan Majlis Fatwa. Yang kita hairan, punya ramai manusia dalam PAS yang berpendidikkan sarjana, doktor dan sebagainya dalam pengajian Islam, yang tak lulus SRP macam Mahfuz juga yang dihantar untuk memberikan penjelasan bagi pihak PAS.

Nik Aziz seperti biasa diharapkan oleh pihak pembangkang dalam mengeluarkan fatwa-fatwa politik karut mengenai sesuatu isu berkenaan Islam yang tidak menyebelahi mereka. Tiada pemimpin PAS lain yang punya kekuatan mencipta karut marut agama melainkan Nik Aziz, jika Elizabeth Wong disucikan oleh Nik Aziz dalam isu gambar ‘kangkangnya’ atas alasan privacy, MP Serdang ini juga mendapat restu Nik Aziz dan digambarkan bersama di dalam Harakah bagi mengeluarkannya dari kemelut yang sedang dihadapi, malah digalakkan pula terus menerus memberi ‘tazkirah’ di masjid dan surau di Selangor oleh Nik Aziz seolah mencabar titah perintah DYMM Sultan Selangor yang mahu surau/masjid di Selangor tidak dicemari dengan politik kepartian. Secara tak langsung Nik Aziz sedang menjadi penguasa agama tidak rasmi bagi seluruh Malaysia, mengatasi kedudukkan sultan-sultan melayu yang merupakan ketua agama bagi negeri-negeri.

Jika benar PAS boleh menerima pemimpin DAP memberi takzirah dan ceramah di dalam surau serta masjid, kenapa tidak lakukannya di negeri-negeri yang mereka perintah? Kenapa hanya pandai bercakap bagi pihak negeri lain di mana PAS hanyalah minoriti? Gunakanlah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai alasan bagi membenarkan tindakan tersebut.

Nik Aziz umpama boneka DAP dan Anwar Ibrahim yang bergerak mengikut tali dan irama yang dimainkan mereka. Ini bukan kali pertama PAS digunakan bagi membenarkan tindakan pemimpin DAP, dalam kempen piilihanraya di Sibu, nama PAS juga digunakan bagi menggambarkan seolahnya seluruh masyarakat Islam bersetuju kalimah Allah swt digunakan di gereja-gereja walaupun hakikatnuya tidak, bantahan umat Islam di seluruh negara mengenai isu ini adalah bukti kepada kenyataan tersebut.

Bagi pihak DAP, mereka sungguh beruntung kerana mempunyai ‘anjing’ seperti PAS, anjing yang boleh diarah apa saja, mengikut kata dan taat kepada tuannya. Sikap anti raja DAP begitu jelas sekali dalam isu pencemaran masjid/surau oleh pemimpin mereka apabila tidak mempedulikan arahan Sultan sebaliknya mencari Nik Aziz bagi mencari perlindungan. Tahniah kita ucapkan kepada DAP kerana menunjukkan ‘warna’ sebenar PAS kepada rakyat umum.

Bagi rakyat, kita boleh menilai betapa jijiknya PAS, demi kuasa politik, PAS sanggup menjadi alat kepada DAP, sebaliknya pula bagi DAP, tidak sesekali mahu menjadi alat kepada PAS. PAS banyak membantu ‘membersihkan’ DAP dalam isu yang boleh memberi keuntungan politik kepadanya dikalangan orang melayu/Islam, DAP pula tidak sesekali mahu membantu PAS di dalam isu yang boleh membantunya terutama yang berkaitan hudud. Begitulah hinanya PAS sekarang, semua digadaikan demi kepentingan poltik dunia yang tak seberapa ini.

Kalau PAS sering mengikut telunjuk DAP, macam mana nak diharapkan PAS menggantikan UMNO dalam mewakili orang melayu dan Islam? Tepuk dada tanya iman.

Sumber: MyKMU

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");