Berita Hari Ini

PLUS Ambil Tiga Strategi Pastikan Kelancaran Trafik Semasa Musim Perayaan

Pengarah Urusan PLUS, Noorizah Abd Hamid memegang panduan perjalanan untuk cuti Hari Raya Aidilfitri 2010 dan kad PLUSMiles yang menawarkan rebat tambahan 20 peratus sepanjang masa (24 jam) pada 6, 7, 8, 13, 14 dan 15 September 2010

PETALING JAYA: PLUS Expressways Berhad (PLUS) mengambil pendekatan tiga strategi khusus untuk memastikan orang ramai menikmati perjalanan yang selamat, lancar dan selesa pada musim cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Pengarah Urusan PLUS Noorizah Abd Hamid berkata, tiga strategi khusus tersebut ialah aspek pengagihan trafik, keselesaan pengguna dan pengurusan trafik yang cekap bagi menghadapi pertambahan trafik untuk memastikan perjalanan orang ramai di lebuh raya-lebuh raya kendalian PLUS adalah selamat, lancar dan selesa.

“Ini kerana kami menjangkakan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat sebanyak 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari berbanding 1.1 juta kenderaan pada hari-hari biasa pada cuti musim perayaan ini,” katanya.

Noorizah berkata, PLUS memperkenalkan jadual Panduan Perjalanan (PP) sebagai salah satu saranan atau panduan bagi membantu orang ramai merancang perjalanan mereka semasa musim perayaan.

Jadual PP itu terdiri daripada cadangan waktu perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Ia bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

Konsep PP yang mula diperkenalkan pada tahun 2007 adalah berdasarkan kajian PLUS mengenai pola perjalanan orang ramai di lebuh raya pada musim-musim perayaan sejak beberapa tahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");