Berita Hari Ini

Pusat tetap mahu Selangor bina segera Langat 2

PUTRAJAYA, 7 Sept – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berpendapat peningkatan permintaan air di Selangor tidak boleh dipenuhi melalui penyelesaian seperti dianjurkan kerajaan negeri Selangor iaitu mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW) kerana ia memerlukanpelaburan tinggi dan berterusan.

Dalam satu kenyataan hari ini kementerian itu berkata kerajaan pusat tetap berpendirian pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 perlu dilaksana dengan kadar segera untuk elak defisit bekalan air.

Jangkaan negeri Selangor bahawa krisis bekalan air akan berlaku pada 2019 turut disangkal kementerian, sebaliknya ia mendakwa defisit bekalan air akan berlaku di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 2012.

“Sekiranya pelaksanaan projek itu ditangguhkan, implikasinya rakyat akan lebih terdedah kepada krisis bekalan air di samping pembaziran wang rakyat akibat daripada peningkatan kos,” jelas kenyataan itu lagi.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada Rabu lepas, dilaporkan tetap bertegas agar pelaksanaan projek itu dilaksanakan pada 2019 dan menyarankan kerajaan persekutuan mengambil langkah tertentu seperti mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW) dan pelaksanaan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH). – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");