Perak Hari Ini

Rela Perak sasar 200,000 anggota akhir tahun

PARIT 10 Sept — Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Perak dijangka mampu mencapai sasaran 200,000 anggota akhir tahun ini sekaligus kekuatan itu dapat membantu pihak penguatkuasa dalam melaksanakan undang-undang dengan lebih berkesan, kata Pengarah Rela Perak Khairiri Abu Hasan.

Beliau berkata sasaran itu mampu dicapai menerusi kempen ”1Rela 1Keluarga”, ”1Platun 1Taman” dan ”1Platun 1Kampung” yang dilancarkan badan itu baru-baru ini sejajar dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

“Bagi mencapai KPI tersebut, setiap Rela daerah diminta mendaftarkan sekurang-kurangnya 16,000 orang anggota baru sebelum penghujung tahun ini. KPI yang ditetapkan pasti tercapai sekiranya setiap seorang anggota keluarga mendaftar sebagai anggota Rela di negeri ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya pada masa sekarang sebanyak 135,000 orang telah menyertai Rela dan masih lagi memerlukan 65,000 anggota baru.

Beliau berkata bilangan anggota itu dijangka akan terus meningkat sekaligus mampu mencapai sasaran sebanyak 2.5 juta anggota di seluruh negara menjelang tahun 2012.

Sementara itu, anggota meminta supaya pasukan Rela menjadi mata dan telinga kerajaan bagi mengatasi masalah jenayah di kawasan masing-masing.

“Penglibatan Rela bersama-sama anggota keselamatan dalam memerangi jenayah terutamanya pendatang tanpa izin, penyeludupan dadah serta jenayah sosial amat diperlukan,” katanya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");