Perak Hari Ini

Segera sampaikan saman ekor kepada penerima

LUMUT 4 Sept — Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha meminta polis memastikan semua saman ekor yang dikeluarkan sepanjang Ops Sikap ke-22 yang bermula semalam dapat disampaikan dengan kadar segera bagi mengelak kesulitan kepada penerima.

Beliau berkata, polis perlu memikirkan kaedah terbaik bagi mempercepatkan proses penghantaran saman itu berikutan banyak aduan yang diterima daripada pengguna mengenai perkara itu.

“Ada yang mengadu hanya menerima saman selepas dua hingga lima tahun dari tarikh kesalahan yang didakwa dilakukan.

“Ini satu tindakan kurang cekap kerana menimbulkan banyak kesulitan kepada mereka. Ia terlalu lama dan sukar bagi mereka untuk menyemak sama ada benar atau tidak kesalahan itu dilakukan,” katanya kepada Bernama selepas majlis penyampaian sumbangan Hari Raya di Kampung Melayu Baru, Felcra Simpang Dua, Sitiawan, dekat sini hari ini.

Kong mencadangkan agar saman itu disampaikan dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas kesalahan dikesan. — Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");