Perak Hari Ini

Senaraikan peguam tidak berdisiplin

IPOH – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri meminta Majlis Peguam mengeluarkan senarai peguam yang telah dikenakan tindakan displin bagi menjaga kepentingan umum khususnya mereka berurusan dengan peguam.

Timbalan Yang Dipertua, Datuk Khadri Khalid berkata, senarai itu perlu dihebahkan melalui media atau setidak-tidaknya dihantar kepada pertubuhan bukan kerajaan seperti dewan dan persatuan perniagaan.

Menurutnya, DPMM menerima beberapa aduan daripada ahli-ahli dan usahawan di negeri ini yang menyatakan bahawa terdapat peguam yang menyalahgunakan wang mereka.

“Kami memandang serius perkara ini kerana sebagai orang yang diberi kepercayaan, peguam tidak seharusnya mengambil kesempatan terhadap pelanggan mereka.

“Sebagaimana kes pembunuhan tragis yang menimpa jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 dan tiga lain baru-baru ini sepatutnya menjadi iktibar kepada Majlis Peguam supaya kes seumpama ini dapat dielakkan,” katanya.

Beliau berkata, kami percaya jika senarai peguam yang telah dikenakan tindakan disiplin dapat dikeluarkan, orang ramai termasuk usahawan di negeri Perak dan seluruh negara dapat mengelakkan diri daripada menjadi ‘mangsa’ peguam tidak beretika.

“DPMM Negeri Perak berharap Majlis Peguam mengambil serius cadangan ini dan dapat mencari jalan untuk melaksanakannya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");