Berita Hari Ini

Siti Nurhaliza tarik diri

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sepatutnya membuat persembahan selama sejam di Konsert Hari Malaysia anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang di Stadium Bandaraya pada 25 September ini.

Bagaimanapun Rabu kerajaan negeri menerima surat dari Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd memberitahu penyanyi popular itu menarik diri dari konsert berkenaan atas nasihat doktornya.

Ketua Menteri Lim Guan Eng memberitahu sidang akhbar Khamis atas sebab tiada masa untuk membuat perubahan maka konsert berkenaan dibatalkan.

Beliau kecewa ini terjadi tetapi menghormatinya.

Katanya surat pengesahan dari doktor Siti Nurhaliza yakni di Prince Court Medical Centre,Kuala Lumpur mengatakan beliau tidak boleh berjalan jauh atau terlibat dalam apa-apa aktiviti semasa menjalani rawatan turut diterima.

Lim juga memberitahu Siti Nurhaliza Productions telah memulangkan wang pendahuluan bayaran konsert sepenuhnya kepada kerajaan negeri sebanyak RM60,000.

Penyanyi itu juga kena tangong kos bagi konsert berkenaan yang dikeluarkan setakat ini.- 16/9/2010

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");