Perak Hari Ini

SKMM perlu tegas bertindak terhadap pihak yang perlekeh sensitiviti agama dan kaum

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa supaya bertindak tegas terhadap pihak yang sengaja mencetus dan menimbulkan kemarahan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata tindakan tegas perlu diambil supaya tidak ada pihak yang senang-senang memperlekehkan agama kaum lain.

Katanya perbuatan seperti itu lansung tidak boleh diterima dalam masyarakat majmuk negara ini.

“Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, soal sensitiviti kaum tidak harus disentuh oleh mana-mana pihak.

“SKMM perlu laksanakan langkah tegas dalam usaha mendukung falsafah negara yang mana salah satunya adalah mewujudkan keamanan yang tidak boleh dikompromi,” katanya.

Beliau mengulas tindakan SKMM menyiasat akaun laman sosial Facebook atas nama Katy Lim Li Lian yang didakwa memaparkan komen-komen menimbulkan kemarahan umat Islam.

Zambry juga berkata, mereka yang membuat provokasi kaum dan agama bukan mahu mewujudkan negara yang aman tetapi mempunyai tujuan tertentu.

Justeru, langkah pencegahan perlu dibuat sebelum berlaku keadaan huru-hara yang boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara, katanya.

Beliau berkata, oleh sebab di dalam dunia maya sukar untuk meletakkan satu peraturan dari segi undang-undang negara, satu peraturan dalam diri sebagai warganegara yang bertanggungjawab perlu diletakkan. -BN PERAK

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");