Perak Hari Ini

Sultan Perak berangkat pulang ke Ipoh naik ETS

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun Mohd. Ali hari ini berkenan berangkat pulang ke Perak dengan menaiki perkhidmatan Tren Elektrik (ETS).

Baginda berdua berlepas dengan ETS pada pukul 2 petang dari stesen Sentral Kuala Lumpur, dan tiba di Ipoh dua jam kemudian. Turut mengiringi baginda berdua ialah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Pegawai Operasi ETS, Azizullah Kinayapullah berkata, sejak dilancarkan pada 12 Ogos lepas perkhidmatan ETS mendapat sambutan yang mengalakkan di kalangan orang ramai, terutama sekali pada musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

“Pihak kami sangat berbesar hati dengan sokongan dan permintaan dari orang ramai yang ingin mencuba sendiri perkhidmatan tren elektrik ini khususnya warga kota yang bertugas di Kuala Lumpur untuk pulang ke Ipoh,” katanya kepada pemberita. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");