Perak Hari Ini

Sumbangan Hari Raya Di Kpg Changkat Cermin

AYER TAWAR, 31 Ogos, 6.00 pm – Bertempat di Dewan Orang Ramai Kpg Changkat Cermin, Ayer Tawar yang terletak dalam Daerah Manjung, berlangsung satu majlis penyampaian sumbangan Hari Raya kepada 203 orang penerima iaitu anak-anak yatim, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas.

Sumbangan ini berbentuk wang tunai, barang dapur dan lain-lain diharapkan dapat meringankan mereka yang memerlukan bantuan untuk menyambut aidil fitri minggu hadapan. Ia juga dapat melahirkan rasa kasih dan sayang terhadap anak-anak yatim, OKU dan warga emas.

Selesai majlis penyampaian bantuan para tetamu dan kesemua asnaf berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib di Masjid Al-Nuriah. Juadah berbuka disediakan secara gotong royong oleh penduduk kampung tersebut.

Program ini telah dijayakan oleh Umno Beruas , Turut hadir untuk menyampaikan sumbangan ialah En Azhar Ahmad Pegawai Khas Menteri Besar, Ketua Pemuda Beruas Saudara Ali Zainal Abidin , AJK Bahagian Beruas, AJK Masjid Al-Nuriah,  ketua-ketua kampung dan ketua-ketua cawangan yang berhampiran. Jangkaan awal hanya 100 yang akan menerima bantuan bagaimana pun seramai 203 telah dikesan dan layak menerima bantuan tersebut.

Klik di sini untuk ke galeri foto majlis tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");