Isu Panas

UMNO Perak akan heret Nizar ke Mahkamah

IPOH 5 Sept. – UMNO Perak hari ini mendesak Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya segera membuktikan tuduhan bahawa Umno terlibat mengubahsuai gambar yang memaparkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu.

“UMNO Negeri Perak meminta Nizar segera menunjukkan bukti penglibatan UMNO dalam mengubahsuai gambar itu, atau beliau bersedia diheret ke mahkamah jika enggan atau gagal berbuat demikian,” kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib.

Beliau berkata, sebuah akhbar Jumaat lepas melaporkan kenyataan pemimpin Pas itu yang menuduh UMNO menukarkan wajahnya yang sedang menyembelih lembu kepada wajah Lim Guan Eng. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");