Isu Panas

Update Pemilihan PKR : Azmin Beri Ruang, Khalid Tunggu 5 Oktober

Update pemilihan PKR :

Azmin akan beri ruang untuk Zaid jika menang.

Naib Presiden PKR Azmin Ali memberi jaminan sekiranya beliau menang dalam pertandingan merebut jawatan nombor dua dalam parti itu, akan masih ada tempat dalam parti untuk pesaing utamanya Datuk Zaid Ibrahim.

Menurut Azmin, ini kerana PKR merupakan sebuah parti yang sentiasa memberikan ruang kepada semua orang, termasuk anggota baru seperti bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

“Beliau (Zaid) juga ada kekuatannya utuk membantu parti.

“Percayalah, sekiranya saya diterima oleh anggota (PKR) sebagai timbalan presiden, Datuk Zaid juga akan diberikan peranan penting untuk meneruskan khidmat beliau dalam PKR, untuk mengukuhkan parti, (dan) menyediakan parti untuk menyertai pilihan raya yang akan datang,” katanya.

Klik sini

Khalid Ibrahim bertanding Timbalan Presiden atau bantu Zaid?

Persoalan utama muncul pada saat ini, adakah Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim, akan turun ke dalam gelanggang merebut jawatan Timbalan Presiden PKR yang semakin panas?

Sudikah Khalid masuk gelanggang bertarung bersama-sama dengan Naib Presiden Azmin Ali dan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Zaid Ibrahim yang terlebih awal menyatakan hasrat mereka untuk merebut jawatan itu?

Memandangkan penyertaan Khalid mampu memecah undi di antara dua tokoh utama PKR itu, namun beliau sehingga ini masih merahsiakan hasratnya untuk bertanding hingga ke suatu masa yang difikirkannya sesuai.

Apabila ditanya oleh pihak media, sama ada beliau akan bertanding pada pemilihan parti penghujung tahun ini, Khalid tersenyum kecil dan berkata, “saya akan umumkan selepas 5 Oktober depan.”

Klik sini dan sini

Nurul Izzah bertanding Naib Presiden.

KUALA LUMPUR, Sept 22 — Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar will officially announce her candidacy for the PKR vice-presidency tomorrow, in a move that set to throw a spanner into the works of an already heated party election.

A press invite was sent in the afternoon to The Malaysian Insider, stating the first-term lawmaker would be making an official announcement at her Lembah Pantai service centre at 2.30pm tomorrow.

“Yes that is correct, I will be making an official announcement tomorrow afternoon regarding the matter… I will explain the necessary details during the scheduled press conference,” Nurul Izzah told The Malaysian Insider.

Klik sini dan sini

N Gobalakrishnan bertanding Naip Presiden

PETALING JAYA: Ahli Parlimen PKR Padang Serai N Gobalakrisnan hari ini mengumumkan hasrat beliau untuk bertanding Naib Presiden PKR menjelang pemilihan kali ini.

Beliau dikatakan membuat keputusan sedemikian untuk cuba mewujudkan suasana yang adil dalam pemilihan PKR yang dilihat terjadinya banyak sobotaj secara berterusan dalam menindas calon-calon lain yang bertanding.

Klik sini.

Neutral Daily

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");