Perak Hari Ini

Warga Felcra & Felda Usah Terpedaya Risalah Pembangkang

Masyarakat Felcra dan Felda negeri ini diingatkan agar tidak terpedaya dengan perang psikologi yang dimainkan pihak pembangkang melalui edaran risalah berbaur fitnah dan hasutan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata pembangkang kini menyusun strategi baru dengan mengedarkan risalah di penempatan Felcra dan Felda untuk meraih sokongan rakyat.

Melalui pelbagai sokongan dan bantuan selama ini, beliau bagaimanapun, yakin masyarakat Felcra dan Felda akan terus menyokong Barisan Nasional (BN) dan memahami perjuangan dan usaha yang dilakukan kerajaan bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka.

Pihak pembangkang katanya, terpaksa akur bahawa sukar bagi mereka menembusi tembok Felcra dan Felda dan kini  terpaksa menggunakan perang psikologi sebagai strategi terbaru untuk melemahkan sokongan rakyat terhadap  Barisan Nasional (BN).

“Tindakan pembangkang mengedar risalah fitnah ini dilihat sebagai perang psikologi untuk memenangi hati rakyat dan melemahkan sokongan terhadap kerajaan BN.

“Ini kerana mereka (pembangkang) akur bahawa selama ini Felcra dan Felda adalah kubu kuat BN yang sukar ditembusi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 483 golongan kurang bernasib baik di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Wangi, dekat Ayer Tawar semalam.

Dr Zambry mengulas laporan Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Rahman yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak yang mendedahkan tindakan pembangkang menyebarkan risalah berbau hasutan di Felcra Seberang Perak hingga mencetuskan rasa bimbang di kalangan rakyat.

Mengulas isu pembangkang menyangkal dakwaan lebih 700 ahli Pas keluar parti dan menyertai Umno, beliau berkata, adalah tidak menghairankan apabila parti itu menafikan berita terbabit dan kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa Umno berbohong mengenai jumlah angka yang dikeluarkan.

“Itu adalah strategi politik mereka menutup kelemahan kerana jika tidak dinafikan, ia seolah-olah menunjukkan mereka tidak ke hadapan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");