Perak Hari Ini

30 SAR di Sungai Siput terima bantuan komputer

Perak melangkah setapak lagi kehadapn dalam merealisasikan visi ‘Masyarakat Berpengetahuan’ atau K-Society dengan pengagihan bantuan komputer dan komputer riba ke sekolah-sekolah agama rakyat di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah merasmikan pelancaran pengagihan komputer kepada SAR dengan penyerahan 50 buah komputer kepada 30 SAR di sekitar Sungai Siput.

Majlis penyerahan tersebut berlansung di SK Kampung Jawang sempena program turun padang dua hari Menteri Besar ke kawasan Sungai Siput.

Setiap sekolah masing-masing akan menerima dua komputer dan satu komputer riba ketika sesi lawatan Zambry ke kawasan terbabit.

Selain bantuan komputer, setiap SAR terbabit juga disediakan dengan kemudahan internet yang mencukupi.

Bantuan komputer itu adalah sumbangan KPerak INC Corporation yang dipertanggungjawabkan untuk melaksana dan menjayakan inisiatif yang digariskan di bawah Pelan Strategik ICT Perak.

Ianya juga merupakan satu lagi program yang dilaksanakan KPerak untuk mempromosi celik komputer terutamanya kepada penduduk luar bandar.

Dalam ucapannya, Zambry berkata pendekatan kerajaan pada hari ini ialah membantu menyelesaikan masalah rakyat miskin yang memerlukan bantuan tanpa mengira latarbelakang politik yang mereka amalkan.

Katanya, kerajaan tidak akan mempedulikan sebarang tohmahan yang dilemparkan oleh mana-mana pihak sebaliknya akan terus mencari jalan terbaik untuk membawa kesejahteraan hidup kepada rakyat.

Terdahulu, beliau menyerahkan kunci rumah baru sumbangan Yayasan Bina Upaya (YBU) bernilai RM30,000 kepada ibu tunggal, Saidah Mohd Lakin, 67, di Kampung Temin, Sungai Siput.

Beliau turut menyampaikan kunci rumah baru kepada seorang pesakit kencing manis, Satmi Mohamed Nor, 46, dari Kampung Sungai Durian, Lintang.

Satmi yang telah kehilangan kaki kanannya akibat kencing manis kini masih menganggur dan terpaksa bergantung hidup atas keringat isterinya yang bekerja sebagai tukang jahit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");