Perak Hari Ini

Kerajaan siasat buku perlembagaan baru

IPOH: Kerajaan menyiasat buku ‘perlembagaan baru’ yang didakwa ditulis seorang bekas hakim serta dikatakan menyentuh sensitiviti kaum tertentu di negara ini.

Buku bertajuk Perlembagaan Malaysia itu didakwa sudah diedarkan di beberapa tempat dan dikatakan dikeluarkan untuk kegunaan Biro Tata Negara (BTN).

Perkara itu didedahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah yang mengakui menerima salinan buku berkenaan selain menerima banyak aduan dan panggilan telefon pihak yang tidak berpuas hati dengan pengedarannya, seminggu lalu. “Saya menerima banyak aduan mengenai buku itu di Johor seminggu lalu yang mengatakan ada seorang individu menggunakan buku itu ketika berceramah yang dihadiri peserta terdiri daripada tiga kaum utama di negara ini.

“Kandungan buku itu menimbulkan rasa keliru dan kecil hati di kalangan peserta ceramah. Mereka tidak berpuas hati kenapa ada beberapa isu seperti tokong Cina dan kuil India dibincangkan secara terbuka,” katanya pada sidang media selepas melawat Jabatan Perpaduan Negara Integrasi Nasional (JPNIN) Perak di sini, semalam

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");