Perak Hari Ini

5,207 Graduan UPSI terima ijazah tahun ini

Seramai 5,207 graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim akan menerima ijazah masing-masing sempena Istiadat Konvokesyen Sidang Kedua 2010 yang akan berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober.

Tahun ini, tiga ijazah kehormat dan satu anugerah Profesor Emeritus turut akan dianugerahkan oleh Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun.

Jurucakap Bahagian Korporat dan Perhubungan Antarabangsa, berkata mantan Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Tan Sri Datuk Muhammad Ali Hashim akan menerima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan.

“Seramai 5,207 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan bergraduasi dengan lima daripada mereka menerima Ijazah Doktor Falsafah,  130 orang Ijazah Sarjana , 2,654 menerima  Ijazah Sarjana Muda serta 2,418 lagi menerima Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah pelbagai bidang.

“Pada sesi pertama, Canselor UPSI,  Permaisuri Perak,  Tuanku Bainun  akan menganugerahkan  Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Keusahawanan kepada  Tan Sri Datuk Muhammad Ali Hashim.

“Beliau adalah mantan Presiden dan Ketua Eksekutif, Johor Corporation dan di atas kegigihan, kecekapan serta visi dan ciri- keusahawanan yang mantap, beliau berjaya memacu Johor Corporation ke satu tahap yang cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Ketika ini, Johor Corporation mempunyai 80 buah anak syarikat dengan lebih 65,000 kakitangan dan menjadi pemimpin pasaran dalam pelbagai bisnes strategik.

Anak kelahiran Mersing ini juga pernah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 2000 dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Keusahawanan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 2007.

Ijazah Kehormat Sarjana Muzik dianugerahkan kepada  Datuk Suhaimi  Mohd Zain atau dalam dunia muzik Irama Malaysia lebih dikenali sebagai Pak Ngah.

Komposer muzik terkenal ini pernah  dianugerahkan komposer terbaik anugerah Juara Lagu 2002 dalam Kategori Etnik Kreatif bagi lagu Nirmala nyanyian Datuk Siti Nurhaliza serta menerima pengiktirafan bagi Album Terbaik Anugerah AIM (2000) untuk album Seri Balas dan Anugerah Planet Muzik 2001 (APM) di Singapura untuk lagu Balqis nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.

Penyair,  Suhaimi Muhammad anak kelahiran Kota Lama Kiri, dalam jajahan Kuala Kangsar, Perak Darul-Ridzuan  pada 8 Februari,1934  pula dianugerahkan  Ijazah Kehormat Sarjana Kesusasteraan Melayu.

Beliau berjaya menerbitkan lebih 25 kumpulan puisi perseorangan, tiga buah kumpulan cerpen perseorangan dan sebuah kumpulan esei/ kritikan kesusasteraan.

Suhaimi mencipta nama melalui karya bersifat sufisme dan aliran surealime  dan pernah dikurniakan anugerah SEA Write Awards pada 1995 oleh kerajaan Thailand.

UPSI  juga  menganugerahkan Profesor Emeritus kepada  Profesor Dato’ Dr. Abu Bakar  Nordin , anak kelahiran Taiping, Perak

Pada konvokeseyn kali ini juga menyaksikan   seorang graduan  OKU yang cacat penglihatan  dari Pulau Pinang,  Yeoh Kok Soon akan menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi) Dengan Kepujian Kelas Pertama.

Berikut adalah penerima anugerah kecemerlangan sempena istiadat konvokesyen ke 12 Sidang Kedua 2010:

1. Hadiah Buku Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan

Ahmad Yusof  Mat Nuran (Sains Sukan, FSSKJ)

2. Anugerah Pelajar Diraja

Siti Habibah Juddin (Bahasa Melayu, FBK)

3. Pingat Emas Lembaga Pengarah Universiti

Mohd Hairie  Abdullah (Bahasa Melayu, FBK)

4. Hadiah Buku Fakulti Bahasa Dan Komunikasi

Nurul Adillah  Mohd Yusof (Bahasa Melayu, FBK)

5. Hadiah Buku Tan Sri Datuk Dr Muhammad Rais Bin Abdul Karim

Saripah Dora Ismail (Bahasa Melayu, FBK)

6. Hadiah Buku Fakulti Pengurusan  Dan Ekonomi

Nur Akmal bt Md Sul Haimi (Perakaunan, FPEK)

7. Anugerah Kepimpinann Sapura Holdings Bhd.

Rosfashihah Roslan (Perakaunan, FPEK)

8. Hadiah Buku Fakulti Sains Dan Matematik

Durga Devi A/P Sethiaram (Sains, FSMT)

9. Pingat Emas Naib Canselor

Norazela Nordin (Sains, FSMT)

10. Anugerah Pelajaran Diraja/ Pingat Emas Naib Canselor/ Hadiah Buku O.T Dusseck

See Yuin Lee ( Sains, FSMT)

11. Hadiah Buku Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia

Nor MAshitah Mohd Radzi (Pendidikan Awal Kanak-Kanak, FPPM)

12. Hadiah Buku Fakulti Seni Komputeran Dan Industry Kreatif

Hedayah Ab Majid (Teknologi Maklumat, FSKIK)

13. Hadiah Buku Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan

Steffanie Seema Anak Rapok (Muzik, FMSP)

14. Hadiah Buku Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Khairul Nizzam Md. Din (Kemahiran hidup, FPTV)

15. Pingat Emas Canselor

Abu Hanifah Haris (sejarah,FSK)

16. Pingat Emas Persatuan Sejarah

Raja Nurul Ain Raja Mahmood (Sejarah, FSK)

17. Hadiah Buku Fakulti Sains Kemanusiaan

Amsinah Ahmad (Geaografi, FSK)

18 Penerima Ijazah Kelas Pertama

(OKU) Yeoh Kok Soon (Ekonomi)

Graduan cacat penglihatan dari UPSI terima Ijazah Kepujian Kelas Pertama

Pelajar cacat penglihatan, Yeoh Kok Soon dari Pulau Pinang adalah antara 5,207 graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim yang bakal menerima ijazah masing-masing sempena majlis konvokesyen yang berlangsung pagi ini.

Kecacatan bukan penghalang buat gadis itu memperoleh keputusan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi) Dengan Kepujian Kelas Pertama.

Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun akan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Keusahawanan  kepada Tan Sri Datuk Muhammad Ali Hashim iaitu mantan  Presiden dan Ketua Eksekutif, Johor Corporation.

Ijazah Kehormat  Sarjana Muzik dianugerahkan kepada komposer muzik Malaysia terkenal, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah )  manakala Ijazah Kehormat Sarjana Kesusasteraan Melayu diterima penyair terkenal, Suhaimi Muhammad.

Anugerah Prof Emeritus akan dikurniakan kepada mantan Timbalan Naib Canselor ( Akademik)  UPSI, Profesor Datuk Dr Abu Bakar  Nordin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");