Perak Hari Ini

Ahli DAP dedah apa dinafi Nizar, PAS, PKR dan ramai rakyat Perak

Diberitakan pada petang semalam lebihkurang jam 06.30 sekumpulan penyokong timbalan Pengerusi DAP M. Kulasegaran telah menngadakan demontrasi menentang kepimpinan Datuk Ngeh Koo Ham dan Ngar Koo Meng yang didakwa mereka telah mengenepikan kebajikan masyarakat india selepas pilihanraya ke-12 yang lalu.

Difahamkan juga Ngeh dan Nga bukan sahaja membolot hasil bumi dan projek-projek seluruh negeri perak malah mementingkan kebajikan kaum cina terlebih dahulu tanpa mengira kaum melayu dan India.

Ngeh dan Nga juga mempunyai 12 orang ‘runner’ yang bergerak diseluruh negeri Perak bagi memantau pegawai kerajaan supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka. Ini diakui oleh seorang pegawai dari pejabat Tanah di Ipoh.

Mereka akan memastikan permohonan pemilikan tanah yang dibuat oleh kaum mereka akan dibuat secepat mungkin, jika tidak mereka akan diherdik oleh ‘runner’ Nga dan Ngeh.

Perkara ini sudah lama berlaku tetapi dalam Pakatan Rakyat mereka cuba menyembunyikan dari pengetahuan umum supaya mereka dilihat berkerjasama, menjaga kebajikan semua kaum, realitinya Nga dan Ngeh sahaja yang membolot.

Begitu juga dengan PAS, sewaktu Pakatan Rakyat mentadbir negeri Perak, ramai penyokong PAS yang merunggut kepada DS Nizar kerana tidak dapat berbuat apa-apa walaupun menjadi Menteri Besar.

Malah mereka disuruh mencontohi perjuangan PAS terdahulu sanggup berbasikal untuk berjuang, tetapi kata penyokong PAS zaman dah berubah, mereka berjuang menggunakan kenderaan untuk bergerak bukan lagi berbasikal.

Kemudian DS Nizar menubuhkan TMJ Enterprise yang diuruskan oleh Allahyarham Ustaz Suid iaitu mengumpulkan dan membuat perjanjian bagi pihak DS Nizar dengan syarikat-syarikat yang ingin mendapatkan konsesi balak yang diuruskan oleh Allahyarham Ustaz Suid iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS Kampar.

Malangnya dalam keghairahan mereka mengumpulkan syarikat, Nga dan Ngeh dengan cepat telah meluluskan bepuluh-puluh konsesi balak kepada kaumnya. Sebelum PAS mendapat konsesi balak pakatan rakyat pun ranap. Itulah yang dicerikan serba sedikit kejadian yang berlaku oleh seorang penyokong kuat PAS.

Komen: Realitinya mereka sebenarnya lebih rakus mengaut keuntungan dari kerajaan Barisan Nasional tetapi mereka pandai menyimpan rahsia dan akhirnya terbongkar juga

Dari Pengundi Setia Sungai Rapat sini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");