Isu Panas

Anwar Angin Satu Badan, Zaid Guna Mingguan Malaysia

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, melakukan ‘serangan’ terhadap Datuk Zaid Ibrahim yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu, dengan memberi amaran supaya tidak menggunakan media arus perdana yang dikatakan musuh pakatan pembangkang.

Anwar secara sinis berkata, sesetengah calon memilih membuat teguran malah mengkritik kepemimpinan parti dengan menggunakan platform media arus perdana. “Calon (yang bertanding) seharusnya berwaspada agar tidak dieksploitasi oleh media UMNO untuk menyerang polisi dan pemimpin kita.

“Jangan benarkan parti digunakan oleh media UMNO dan propaganda (mereka),” katanya pada diskusi panel ‘In conversation with Anwar Ibrahim, Raja Petra and Tian Chua’ di London, Sabtu lalu. Kenyataan Anwar itu disiarkan portal berita pembangkang, suara-keadilan.com.

Kerusi timbalan presiden bakal ditandingi Zaid, Mohamed Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub.

Bagaimanapun, calon lain seperti Menteri Besar Selangor, Tan Khalid Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR, Tian Chua belum menyatakan pendirian mereka untuk bertanding jawatan itu atau tidak.

PKR meminda perlembagaannya tahun lalu untuk mengadakan pemilihan parti menggunakan sistem satu ahli satu undi.

Kira-kira 400,000 ahli akan mengundi untuk memilih kepimpinan pusat mulai hujung bulan ini selama tiga minggu sebelum kongres nasional parti November ini.

Sebelum ini, Zaid yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ditemubual akhbar arus perdana, Mingguan Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");