Isu Panas

Anwar Ibrahim Dan Sindrom Penafian

Sebelum ini Saiful, yang terbaru Rahimi. Selepas ini siapa lagi?

Itu yang bermain di minda siapa pun ketika ini mengenai perangai buruk yang tak habis-habis dilakukan oleh insan bernama Anwar Ibrahim.

Kalau boleh saya ingin menasihati Anwar supaya cukuplah melibatkan diri dalam benda-benda bersifat ‘dalam kain’ ini.

Nak berpolitik, teruskanlah berpolitik macam biasa. Jangan libatkan benda yang berada dalam seluar dalamnya itu.

Harapnya janganlah apa yang melanda Rahimi sama seperti yang telah Saiful lalui, kalau Rahimi pun dedah benda yang sama, rasanya makin ramailah pesakit baru yang mendaftar di Institut Jantung Negara (IJN) nanti.

Dan saya tahu, ketika ini Anwar sedang bersiap-sedia untuk menafikan apa saja yang bakal Rahimi umumkan atau pun dedahkan.

Ini perkara biasa.

Anwar dan sindrom penafian ibarat macam adik beradik. Dua benda itu saling melengkapi.

Persoalannya, sampai bila Anwar hendak hidup dalam sindrom penafian seperti itu

Saya teringat kata-kata bekas kawan baiknya, Datuk Zahrain Hashim sewaktu bercakap di Parlimen pada 18 Mac lalu

” Semalam saya telah mendedahkan suatu kebenaran yang terpendam begitu lama. Memang berhadapan dengan kebenaran itu sesuatu yang menyakitkan, ‘the truth hurts’.

” Sebab itulah kita dapat melihat reaksi yang bagaikan chimpanzee didalam sarkis semalam kerana kebenaran itu menusuk kalbu mereka.

” Nasihat saya kepada mereka, terimalah kebenaran dengan hati terbuka. kalau saudara memilih untuk terus hidup dibawah sindrom penafian ‘denial syndrome’ itu adalah hak saudara.

“Tapi suatu ingatan daripada saya, kalau saudara memilih untuk hidup di bawah sindrom penafian kepada konspirasi pembohongan ini, kebenaran itu akan datang menghantui saudara dan menjadi suatu mimpi ngeri buat saudara kemudian hari nanti.

Saya yakin dan pasti, itulah yang Anwar sedang alami sekarang.

Tidurnya sentiasa dihantui mimpi-mimpi ngeri kesan daripada pembohongan dan pendustaan bertali-arus yang diciptanya itu.

Sayang, dalam usia meniti senja sepertinya, Anwar terpaksa berhempas-pulas, hari demi hari, mencari apa yang dinamakan penipuan.

Kerana tanpa penipuan, dia tidak akan mampu berdiri sebagai insan yang bernama Anwar bin Ibrahim!

Sumber: Malaysia Instinct

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");