Berita Hari Ini

Apa salahnya mengundi pada hari Khamis?

Hari mengundi di DUN Galas nanti adalah pada hari Khamis bersamaan dengan 4 November 2010. Dengan kata lain, hari mengundi jatuh pada hari bekerja. Maka ramailah yang berkata bahawa SPR yang ‘berkuasa’ mengatur hari pengundian telah menurut nasihat UMNO bagi memastikan kemenangan entiti utama Barisan Nasional itu.

Sesuatu yang kurang diperkatakan ialah, hari Minggu di Kelantan adalah hari Jumaat. Pada hari Jumaat juga, ada satu lagi perkara penting yang perlu dilakukan oleh umat Islam, terutama sekali kaum lelakinya iaitu DATANG AWAL KE MASJID dan PULANG YANG PALING AKHIR untuk bersolat Jumaat, beriktikaf dan berzikir memandangkan hari Jumaat adalah Penghulu Segala Hari dan pada hari itu juga, amalan sepanjang minggu diangkat.

Anehnya, puak-puak yang sering bercakap tentang Islam, tentang amalan, tentang hudud, tentang qisas, tak pula menghiraukan faktor tersebut. Kalau hari bercuti adalah pada hari Ahad seperti negeri-negeri yang lain, mungkin lain cerita. Masalahnya cuti berhujung minggu di Kelantan dan Kedah adalah pada hari Jumaat.

Masalah berhujung minggu pada Jumaat dan Ahad untuk negeri-negeri yang berlainan di Malaysia, sebenarnya menimbulkan banyak masalah, terutama di kalangan syarikat swasta yang berurusan dengan agensi kerajaan negeri. Sebabnya kerja antara negeri-negeri seperti Kedah dan Kelantan dengan negeri-negeri lain, hanyalah pada hari Isnin, Selasa dan Rabu. Hari Ahad, Sabtu, Jumaat dan Khamis merupakan hari-hari kelepasan am.

Sepatutnya cuti berhujung minggu di Malaysia diseragamkan, sama ada pada hari Jumaat dengan hari Khamis sebagai sekerat harinya atau hari Ahad sebagai hari berhujung minggu dengan hari Sabtu sebagai hari sekerat harinya.

Cuma seperkara yang menarik untuk direnung… masjid di negeri-negeri yang berhujung minggu pada hari Ahad, jauh lebih ramai didatangi jemaah berbanding masjid-masjid yang cuti hujung minggunya pada hari Jumaat… tak percaya, datanglah tengok masjid-masjid di Alor Setar dan cam sahajalah muka-muka yang baru balik dari ‘SEMPADAN’ pada sebelah petangnya.

The Flying Kick

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");