Berita Hari Ini

Aziz Yusof calon BN bagi PRK DUN Galas – Muhyiddin

GUA MUSANG 24 Okt. – Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof, 49, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas pada 4 November ini.

Ketika membuat pengumuman itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Abdul Aziz merupakan calon yang masih muda dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

“Kerana beliau (Abdul Aziz) akan bertanding pada pilihan raya kecil DUN Galas jadi beliau telah melepaskan jawatannya itu. Beliau merupakan orang tempatan, orang Gua Musang dan umurnya masih muda,” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman calon BN di UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati, di sini hari ini.

PRK DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 46, daripada Pas, akibat kanser usus pada 27 September lalu.

Pas telah mengumumkan pengamal perubatan yang juga Pemangku Yang Dipertua Pas kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad sebagai calon parti untuk bertanding dalam pilihan raya kecil berkenaan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");