Perak Hari Ini

Biro Pengaduan Awam Bergerak Di Ipoh Pada 13 November

Sebanyak 40 agensi kerajaan akan menyertai program Kaunter Aduan Bersepadu Bergerak (KABB) Biro Pengaduan Awan (BPA) negeri Perak yang akan diadakan serentak di dua tempat di sini pada 13 November ini.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah berkata program itu akan diadakan di perkarangan Stadium Indera Mulia dan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuh Hua, Buntong.

Melalui program itu, orang ramai di seluruh Lembah Kinta yang mempunyai masalah boleh membuat laporan dan aduan kepada mana-mana agensi yang terlibat mulai 9 pagi hingga 2 petang, katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan penyelaras KABB BPA Perak di sini Jumaat.

“BPA yang mensasarkan Sifar Aduan pada 2011 mahu semua masalah yang melibatkan penduduk selesai sebelum hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata semua petugas agensi kerajaan yang hadir hanya akan merekod aduan dan laporan yang dibuat dan pihaknya akan menetapkan satu tarikh lain untuk memberi keputusan terhadap semua aduan yang dibuat itu.

Antara agensi kerajaan yang menyertai program itu ialah Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pejabat Tanah Daerah, Majlis Bandaraya Ipoh, Polis Diraja Malaysia , Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak.

Murugiah berkata penduduk yang menghadapi masalah kewarganegaraan, sukar mendapat bantuan, tidak mempunyai pekerjaan, tidak mendapat tanah walaupun telah memohon beberapa kali serta masalah dengan pihak berkuasa tempatan diminta hadir pada hari tersebut.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");