Perak Hari Ini

BN tiada masalah hadapi cabaran PAS

IPOH: Keputusan Tengku Razaleigh Hamzah menerima pelantikannya sebagai Pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, disifatkan sebagai ‘kunci’ kemenangan BN pada pilihan raya berkenaan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata jika Tengku Razaleigh dipilih calon BN nanti, ia tidak mungkin menjejaskan peluang kemenangan BN berikutan latar belakang Ahli Parlimen Gua Musang itu yang amat berpengalaman dan mampu mengendalikan tugas selaku ketua jentera BN dan calon secara serentak.

Katanya, kedudukan Tengku Razaleigh sebagai Ketua UMNO Bahagian Gua Musang juga penting bagi memastikan perpaduan dan gerak kerja jentera untuk berdepan pencabar pada pilihan raya itu nanti.

“Kesanggupan Ku Li itu, bagi saya satu petanda dan kunci kejayaan BN di Galas. Jika seseorang itu baru dalam politik atau di tempat dia bertanding maka nak jadi calon dan pada masa sama menjadi pengarah pilihan raya tentulah merumitkan.

“Tetapi Ku Li ni orang lama, orang dah kenal, tak perlu ada jelajah untuk memperkenalkan calon. Galas juga bukan besar kawasannya. Di kawasan Orang Asli pula, Orang Asli memanggil Ku Li sebagai Tok Raja Kita.

“Bagi saya tidak ada masalah jika Tengku Razaleigh juga menjadi calon dan ini terserah kepada pucuk pimpinan dan Ku Li selaku pengarah pilihan raya untuk menentukan siapakah calon sesuai. Sesiapa saja dipilih maka ia calon terbaik bagi Galas dan UMNO Bahagian. UMNO Kelantan juga akan menyokong,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya Anak Kelantan di Perak bertempat di Dewan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di sini, semalam.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, beliau dan UMNO Kelantan melihat banyak kekuatan dapat dikumpulkan Tengku Razaleigh di DUN Galas apabila menerima pelantikan itu.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang ditemui pada majlis lain berkata, persetujuan Tengku Razaleigh memberi ruang lebih baik kepada BN untuk memang di Galas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");