Isu Panas

Hanya Berani Dengan Perkasa, Isteri Terkulai Di Tivolli Villa – Bukti Azmin Dayus

Lembab sungguh minda sesetengah pemimpin Melayu untuk memahami jiwa, hati dan semangat majoriti bangsa sendiri.

Dek kerana terlalu gilakan kuasa, mereka menjadi bodoh dan buta sehingga tidak dapat melihat apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan jika ingin meraih sokongan bangsa sendiri.

Mungkin juga Allah S.W.T sengaja membiarkan mereka menjadi bodoh dan buta sebegitu agar kebenaran terserlah kerana Allah S.W.T masih sayangkan bangsa Melayu.

Sepatutnya, pemimpin Melayu belajar dari kesilapan rakan-rakan dan musuh-musuh mereka terdahulu yang telah jatuh tersungkur dan tersembam dalam arena politik. Tidak sepatutnya kesilapan-kesilapan tersebut diulang yang mana pasti membawa kepada kesudahan yang sama.

Masyarakat hari ini sudah sedia maklum bahawa tidak mungkin seseorang pemimpin politik itu seratus-peratus bersih walau parti mana pun yang diwakilinya.

Parti PKR dan DAP adalah antara parti-parti politik yang paling rakus dan ganas dalam permainan korupsi dan kronisme tetapi penyokong-penyokong masing-masing masih boleh diperdaya dan dimanipulasi untuk percaya bahawa pemimpin mereka bersih belaka.

Kadangkala, walaupun mereka percaya yang pemimpin mereka begitu kotor, tetapi mereka sekadar tidak peduli lagi dek kerana benci yang amat sangat terhadap Melayu dan UMNO.

Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa beberapa kelompok dalam masyarakat hari ini telah ‘bersedia’ bertolak ansur dalam memperkatakan mengenai korupsi dan kronisme dalam politik.

Namun, dalam memperkatakan mengenai sokongan politik Melayu, ada beberapa perkara yang tidak boleh ditolak ansur oleh masyarakat Melayu dan tidak boleh dilakukan oleh mana-mana politikus pun jika ingin terus relevan dalam dunia politik Malaysia, iaitu:

1. Elakkan bersifat gila glamour dan mencari publisiti murah. Keterlaluan dalam menonjolkan diri akan dianggap sebagai kurang cerdik serta hanya bertaraf artis, bukan pemimpin.

2. Tidak perlu cuba menempa nama sebelum berbuat jasa. Nama akan datang sendiri selepas jasa. Berkhidmat dengan ikhlas, tegas dan bijak jika ingin benar nama terpahat di dalam minda rakyat, negara luar dan di dalam sejarah. Tidak perlu masuk bakul memuji diri sendiri kerana ia akan menyebabkan rakyat menjadi mual.

3. Jangan bermusuh dengan pertubuhan yang mempertahan dan memperjuangkan hak Melayu seperti Perkasa terutama ketika orang Melayu terasa tercabar dan tertindas.

4. Jangan mengutuk negarawan ulung, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed yang amat dihormati, disayangi dan disanjungi oleh orang-orang Melayu, termasuk beberapa golongan bukan Melayu dan juga orang-orang luar.

Inilah antara kesilapan-kesilapan yang membawa kejatuhan beberapa pemimpin terdahulu yang masih gagal difahami oleh mereka yang mabuk dengan kuasa, dendam, dengki dan iri hati hari ini.

Sedangkan telah terbukti bahawa kegagalan memahami perkara di atas telah menyebabkan ramai yang kecundang atau terkeluar terus dari gelanggang.

Apatah lagi jika kehidupan dan keperibadian mereka sendiri bergelumang tahi seperti Azmin Ali, calon Timbalan Presiden PKR yang berikrar untuk melawan Perkasa dan Tun Dr. Mahathir yang dikatakannya ‘tersungkur’ di Australia. Azmin merujuk kepada Perkasa dan Tun Mahathir sebagai rasis.

Siapakah atau apakah Azmin untuk berikrar sedemikian?

Azmin adalah dayus tersohor. Azmin dikenali kerana berkongsi isteri dengan Anwar Ibrahim, bossnya sendiri. Malah lebih menjijikkan lagi, Azmin dikatakan sedia maklum mengenai hubungan bossnya dan isterinya.

Walaupun begitu, Azmin tidak cemburu, dia tidak melenting dan dia tidak merasa apa-apa pun, selain mungkin gembira kerana atas hubungan isterinya itu, dia kini diberi kepercayaan, wang dan kuasa oleh bossnya untuk berbuat apa saja.

Jika Azmin bukan dayus, apa lagi perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan lelaki sepertinya?

Lelaki tulin pasti berang jika digelar dayus, tetapi lelaki tanpa maruah dan harga diri tidak akan peduli semua itu. Mungkin juga Azmin ini adalah dayus semulajadi iaitu sejak dilahirkan lagi.

Kerana itulah ikrar Azmin untuk melawan Perkasa dan Tun Mahathir dilihat sebagai satu lawak jenaka bodoh yang memualkan. Ia ibarat seorang pondan mencabar lelaki gagah untuk bertumbuk.

Perkasa dan Tun Mahathir tidak mungkin akan memberi respon terhadap ikrar Azmin yang dibuat di hadapan hanya 145 orang ahli PKR dan beratus-ratus kerusi kosong di Hotel De Palma Ampang pada Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Gombak, 3 Oktober lepas. Sedangkan ahli yang layak mengundi berjumlah 7,320 semuanya.

Kalaupun nak pesongkan isu pemilihan parti yang huru hara dan memalukan, tak perlulah buat aksi ikrar macam ni. Tahukah Azmin, geli hati dan geli segala-galanya bila melihat pondan beraksi?

Oleh Tarmizi Md. Jam

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");