Isu Panas

Kebenaran Sudah Muncul Di Perak

Muktakhir ini banyak sungguh wajah-wajah hodoh pakatan rakyat didedahkan.

Ianya bukan didedahkan oleh lawan-lawan mereka, tetapi didedahkan oleh mereka sendiri.

Apa yang berlaku di Perak sekarang ini membuktikan apa yang dikata selama ini adalah betul.

Sewaktu tiga adun Perak keluar parti pada awal tahun lalu yang membuatkan Kerajaan  Islam DAP di Perak runtuh, mereka dikecam dengan pelbagai kecaman dan kata-kata hina.

Setelah hampir dua tahun berlalu, kini kebenaran muncul untuk mereka dan apa yang mereka kata dulu adalah betul.

Tiga adun berkenaan mengatakan yang mereka tidak boleh tahan dengan dominasi dua sepupu yang ingin mengawal sepenuhnya perjalanan pentadbiran negeri.

Manakala MB pula adalah boneka semata-mata dan akan menuruti segala kehendak Ngeh dan Nga kerana tidak mahu kehilangan jawatan MB.

Sekarang Kulasegaran telah mengesahkan semua itu. Tiga hari lepas Kula  melahirkan rasa tidak puas hatinya dengan sikap Ngeh dan Nga yang ingin mengawal segalanya.

Jika melihat kepada semua itu kita boleh buat kesimpulan bahawa  segala tuduhan yang dilemparkan oleh orang ramai sebelum ini adalah betul yang  Nizar akan mengikut segala kehendak Ngeh dan Nga.

Semoga penyokong-penyokong Pas mendapat hidayah dan nampak perkara yang sebenar. Sebelum ini mereka sering mencanangkan kononnya BN meruntuhkan Kerajaan Islam di Perak. Adakah benar Kerajaan Islam jika begitu rupanya ?

Kesimpulannya, Pas tidak perlu nak berbohong kononnya Nizar bukan MB boneka selama 11 bulan. Ahli DAP sendiri pun tidak boleh tahan dengan sikap Ngeh dan Nga. Nizar bertahan dan tunduk kepada mereka kerana sayangkan jawatan dan mulut telah disuap dengan wang.

Selangor Daily

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");