Perak Hari Ini

Keshvinder yakin keupayaan BN

Keyakinan terhadap keupayaan Barisan Nasional (BN) meneruskan agenda pembangunan di Perak menjadi dorongan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, K Keshvinder Singh menyokong parti itu.

Keshvinder berkata, sejak beliau mengumumkan keluar daripada DAP, ia tidak menghalangnya untuk terus menabur bakti kepada rakyat serta menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Menurutnya, sehingga kini walaupun sudah tidak mempunyai parti namun tiada penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Malim Nawar bertindak memulaukannya selepas beliau menjadi wakil rakyat Bebas.

:“Penduduk di kawasan saya masih datang berjumpa dan membawa masalah mereka kepada saya seperti biasa serta tidak kurang juga yang datang menyatakan sokongan mereka.

“Saya terus berkhidmat kepada pengundi di kawasan saya malah kini dengan sokongan yang diberikan Kerajaan Negeri, banyak masalah di DUN Malim Nawar berjaya diatasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Keshvinder Singh anjuran Yob FC bersama Biro Sukan ADUN Malim Nawar.

:Pada 15 Jun lalu, Keshvinder mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong parti BN.

:Menurutnya, keputusan itu diambil kerana beliau kecewa dengan kepimpinan parti pembangkang yang terlalu banyak bermain politik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

Katanya, beliau menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Keshvinder berkata, sejak keluar DAP, pihaknya meneruskan kerja seperti biasa malah banyak program untuk rakyat berjaya dijalankan terutamanya melibatkan penyertaan pelbagai kaum.

Katanya, beliau yakin dengan sokongan yang diberikan rakyat kepadanya akan terus menjadi semangat untuk memberikan khidmat kepada pengundi yang berada dalam kawasannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");