Perak Hari Ini

Koperasi Maju Seruan Mahu Jadi Pembekal Produk Halal

Koperasi Maju Seruan (KMS) yang kini menjalankan aktiviti membekal barangan harian termasuk makanan halal berhasrat menjadi pembekal utama produk halal kepada sektor perhotelan Perak.

Koperasi berkenaan dimiliki sepenuhnya oleh Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti dakwah, sosial dan pendidikan sejak 1949.

Timbalan Yang Dipertua PSIP Datuk Abdul Ghani Ngah berkata perkembangan semasa industri halal memberikan peluang kepada KMS untuk menjadi pembekal produk yang berasaskan Islam.

“Kami merancang dalam masa terdekat untuk menjalankan kerjasama dengan mana-mana hotel di sekitar Ipoh dan negeri Perak untuk menjadi pembekal utama produk halal,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.

Abdul Ghani berkata bagi merealisasikan usaha itu, koperasi akan mempelbagaikan produk serta memastikan produk yang dipasarkan berkualiti dan memenuhi keperluan industri perhotelan.

Selain barangan runcit dan keperluan harian, KMS kini menjadi pembekal 30 jenis kuih yang dihasilkan di Sekolah Latihan Wanita (Selawa) PSIP, katanya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");