Perak Hari Ini

Lapor kepada Lembaga Pelawat jika tidak puas hati layanan Hospital Kerajaan

Orang awam dinasihatkan supaya terus membuat aduan kepada Lembaga Pelawat hospital jika tidak puas hati dengan layanan diterima daripada hospital kerajaan.

Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Pengguna dan Bukan Islam, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata aduan segera itu membolehkan ahli lembaga pelawat hospital membuat tindakan susulan sewajarnya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa ahli lembaga pelawat akan sentiasa bersedia menerima dan mendengar aduan yang dikemukakan orang awam.

“Saya menyeru orang ramai agar buat aduan serta merta kepada lembaga pelawat jika ada perkara yang tidak memuaskan hati  ketika berurusan atau semasa mendapat rawatan di hospital kerajaan.

“Dengan cara begini, kita harap apa saja masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik,’’ katanya selepas melancarkan Kempen Keselamatan Makanan 2010 Peringkat Negeri Perak di pusat beli belah Ipoh Parade hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");