Perak Hari Ini

Laporkan keadaan sekolah yang uzur- Zahid

Kerajaan negeri hari ini mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) supaya melaporkan keadaan sekolah yang uzur bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata soal keuzuran sekolah perlu diberi perhatian serius demi memastikan keselamatan murid dan pelajar terjamin.

“Kerajaan negeri mahu JPN dan PPD melaporkan segera jika terdapat sekolah yang uzur kerana masih ada sekolah berusia lebih 100 tahun digunakan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Pelancaran Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak di Auditorium Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, hari ini.

Beliau mengulas kejadian 10 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Gunung di Kedah cedera selepas lantai kelas agama di sekolah tersebut runtuh secara tiba-tiba semalam.

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu berlaku ketika 30 murid berada di dalam bangunan satu tingkat yang menempatkan kelas agama dan muzik.

Mohammad Zahir yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting berkata, kejadian itu dapat dielakkan jika semua pihak peka dengan keadaan sekolah tersebut.

“Soal keselamatan murid dan pelajar perlu menjadi perhatian bagi memastikan suasana pembelajaran mereka tidak terjejas,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");