Perak Hari Ini

Lawatan Dr Zambry ke Waller Court

Petang semalam MB Perak, Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah mengadakan lawatan ke Waller Court, sebuah penempatan yang lama di dalam bandar Ipoh. Turut hadir bersama beliau adalah Datin Saripah dan Dato Dr Mah Hang Soon.

Tontonlah Sidang Akhbar yang telah disediakan di atas untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang sedang dalam perancangan kerajaan Negeri Perak.

Sedikit latar belakang Waller Court, penempatan ini telah dibina pada tahun 1962, tempat ini juga merupakan antara rumah pangsa yang tertua di negeri Perak, terdapat 532 unit rumah pangsa disini dan seramai 465 keluarga yang tinggal di penempatan yang sudah berusia 48 tahun ini.

Sebelum ini sudah banyak kali kerajaan negeri ingin menaiktaraf Waller Court ini, namun segala perancangan menemui kegagalan akibat dari sikap sesetengah penduduk yang tidak mahukan perubahan, segala yag dirancang tidak kesampaian. Malah keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila pihak penduduk disini menggunakan pembangkang untuk menghalang segala perancangan pembaharuan rumah pangsa yang usang ini.

Suka atau tidak, penduduk disini tidak ada pilihan lain selain dari dirobohkan rumah pangsa yang sedia ada dan diganti dengan rumah pangsa yang baru kerana rekabentuk rumah pangsa ini sudah tidak sesuai lagi. Dr Zambry bertekad untuk membantu penduduk disini dan beliau berharap akan mendapat kerjasama yang sepenuhnya dari penduduk Waller Court.

Untuk melihat gambar penuh lawatan ini, klik sini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");