Perak Hari Ini

Majlis Ramah Mesra Delegasi Kerajaan Perak bersama pelajar Negeri Perak di Jordan

Pihak Kerajaan Negeri telah berbesar hati dan sudi untuk menghadiri program ramah mesra dan meraikan graduan serta pelajar cemerlang mesir anjuran bersama Pejabat Pengurusan hal Ehwal Pelajar Perak dan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir, program itu dijalankan di Dewan Melayu Abbasiah, Kaherah.

Program tersebut dihadiri Tuan Haji Hamdan bin Taha selaku ketua delegasi perak, Tuan Haji Abdul Jamil bin Mat Kasa pengurus besar Yayasan Perak, Pendakwah jemputan AF Ust Kazim bin Elias Al Hafis pengetua Al- Barakah dan delegasi-delegasi jemputan Tuan Isa, Tuan Mior dan Encik Syafina, turut hadir juga wakil Kedutaan Besar Malaysia Encik Saiful Anuar Ketua Usaha Smentara dan Prof Dr Jamil bin Hashim Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Mesir.

Program tersebut telah dihadiri seramai 350 orang pelajar-pelajar perak dan program ini telah berjaya menghimpunkan sebahagian besar pelajar perak dimesir walaupun terdapat masalah teknikal yang berlaku.Pelajar Perak dimesir menjangkau 500 lebih pelajar sekitar mesir. Seramai 298 orang pelajar mendapat sumbangan daripada Pejabat Menteri Besar dan 18 orang yang mendapat bantuan AM dan 2 orang bantuan am kebajikan daripada Yayasan Perak.

Pelajar-pelajar perak sangat berpuas hati dengan sumbangan tersebut dan mengharapakan ianya berterusan dan menjadi sumber inspirasi untuk cemerlang dan mengakui keperihatian Kerajaan Negeri Perak dengan kepimpinan sekarang.Delegasi Perak juga berkesempatan meninjau bangunan perak sebelum berangkat untuk lawatan kerja di Jordan.

ABDUL MUHAIMIN BIN ABDUL MAJID
PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR PERAK,
KAHERAH, MESIR
(EMBASSY OF MALAYSIA)
PERAK STUDENT’S HOSTEL
23 HASAN ZAYYED STREET,
7TH DISTRICT,
NASR CITY, CAIRO
ARAB REPUBIC OF EYGPT

TEL :+20149929245

Untuk melihat gambar penuh majlis ini, sila klik sini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");