Perak Hari Ini

Mekanisme Atasi Gejala Mat Rempit Perlu Dicari – Lee Lam Thye

Kerajaan harus mencari mekanisme terbaik untuk menangani masalah “mat rempit” kerana gejala buruk tersebut semakin serius dan amat membimbangkan, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata satu kajian bersepadu bagi mengenal pasti gejala tersebut harus dimulakan seberapa segera sebelum ia menular ke tahap yang lebih kritikal dan menjadi ancaman kepada pembangunan negara.

“Sudah tiba masanya kerajaan menjalankan kajian khusus dan mengenal pasti punca serta pendekatan terbaik bagi mengurangkan masalah itu.

Gejala mat rempit bukan lagi dilihat sebagai satu kesalahan melanggar peraturan lalu lintas tetapi dilihat sebagai masalah sosial serius yang perlu diselesaikan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Pencegahan Jenayah di Sekolah peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Michael’s di sini Jumaat.

Lee berkata berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kebanyakan mat rempit didapati “terpaksa” melakukan kegiatan tidak bermoral itu disebabkan ketiadaan kemudahan mencukupi atau tempat sempurna untuk melakukan aktiviti sukan ekstrem.

PJM juga mendapati golongan itu tidak disediakan lokasi dan kemudahan sesuai bagi membolehkan mereka mempamerkan bakat masing-masing menyebabkan mereka memilih jalan raya sebagai tempat berlumba.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");