Perak Hari Ini

Nombor baru Hospital Raja Permaisuri Bainun

IPOH 16 Okt. – Orang ramai yang ingin menelefon Hospital Raja Permaisuri Bainun kini diminta mendail nombor baru di talian 05-2085000 mulai 18 Oktober ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pihak hospital, pertukaran nombor telefon tersebut adalah selaras dengan kerja menaik taraf talian telefon daripada sistem analog kepada digital.

“Sehubungan itu, gangguan talian telefon hospital akan berlaku selama sejam iaitu bermula pukul 12.00 tengah malam Ahad sehingga 1 pagi keesokannya bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf.

“Dalam tempoh gangguan tersebut, talian sedia ada iaitu 05-2533333 masih diaktifkan bagi membolehkan orang ramai menghubungi hospital sekiranya terdapat sebarang kes kecemasan,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, katanya, tujuan utama menaik taraf talian telefon itu adalah bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan komunikasi di hospital.

Sehubungan itu, katanya, semua agensi kerajaan dan swasta serta orang ramai terutamanya rakyat di negeri ini diminta mengambil perhatian berhubung perubahan talian tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");