Isu Panas

PAS TAK PERLU LETAKKAN CALON DI GALAS JIKA IKHLAS BERCAKAP SOAL PERPADUAN

AJK Perkasa bersama OBJ dan Presiden Kelab Veteran Umno Taiping

TAIPING 3 September– “Jika Pas benar-benar ikhlas tentang soal perpaduan, Pas perlu memberi ruang kepada Umno untuk menang percuma dalam PRK N45 Galas. Pas tak perlu bertanding, jika ada calon bebas, Pas perlu menyokong BN dalam pilihanraya kecil tersebut, ini sebagai mengulas kenyataan Exco Pas Kelantan (Takiyuddin) yang melarang Umno bertanding demi perpaduan Melayu”

Pas mencadangkan supaya UMNO tidak meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, atas nama perpaduan orang Melayu.

“Ini kerana Pas sudah mempunyai 2/3 kerusi DUN dan jika BN menang sekali pun ia tidak memberi apa-apa makna atau perubahan kepada senario politik Kelantan, oleh itu demi perpaduan Melayu Nik Aziz perlu menasihatkan Pas supaya tidak bertanding.”

” Sebelum ini Pas berjaya mempertahankan kerusi Manik Urai dengan majoriti 65 undi dan sampai sekarang Pas gagal membawa sebarang kemajuan kepada Manik Urai”

” Kini setelah 20 tahun memerintah, rakyat Kelantan mula terasa amat gelisah, Pas gagal menangani pelbagai masalah dalam negeri Kelantan.

Antaranya ialah krisis air yang semakin meruncing, isu pekerjaan yang menyebabkan anak Kelantan terpaksa berjirah keluar , Pas juga gagal membawa masuk pelaburan asing atau pelabur tempatan untuk mengembangkan ekonomi Kelantan. Mujurlah Kerajaan Persekutuan banyak membawa masuk pembangunan kepada negeri ini, tanpa kerajaan BN ekonomi Kelantan mati.”

“Setakat hari ini, Pas hanya berjaya membawa masuk Tesco sahaja dan juga projek raksasa mereka iaitu Projek Ceramah Perdana yang tidak pernah henti sejak 20 tahun lalu.”

” Pas Kelantan sebenarnya bijak menutup masalah-masalah dalaman dengan membawa isu nasional seperti royalti minyak untuk menutup isu air yang tak pernah berkesudahan. Isu-isu nasional yang selalu dimainkan oleh Pas Pusat telah berjaya menutup segala kelemahan, krisis dalama kepimpinan Pas Kelantan”.

Demikianlah kenyataan Presiden Perkasa YB Dato Ibrahim Ali dalam sidang media di Taiping dalam majlis perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri Perkasa Daerah Taiping hari ini. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah  Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama Y.Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato’ Dr. Haji Wan Mohd. Isa b. Dato’ Seri Haji Wan Ahmad dan juga Dato Khalid Nasir bekas Adun Kamunting dan juga Presiden Kelab Veteran Umno Taiping.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");