Perak Hari Ini

Pelancaran Pengenalan Buku “Impian Bersama”-IDR

Ipoh  8 Okt – Institut Darul Ridzuan telah melancarkan pengenalan buku “Impian Bersama : Cabaran-cabaran Mutakhir dan Mendatang terbitam Institut Darul Ridzuan (IDR) pada hari ini, jam 8.30 malam di Restoren Laksamana Cheng Ho. Pelancaran Ini diadakan sempena Majlis IDR bersama Media.

Buku “Impian Bersama” merupakan buku mewah bergambar yang menelusuri peristiwa-peristiwa penting politik negeri Perak pasca Pilihanraya Umum Ke-12. Ini termasuklah kronologi kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat dan pemerintahan semula Kerajaan Barisan Nasional di Perak.

Semua perjalan serta liku-liku politik ini diceritakan secara bergambar untuk memberi kesan yang lebih baik kepada pembaca. Buku ini di tulis oleh Malim Ghozali Pk yang kini berusia 60 tahun.

Mengandungi 160 halaman, buku yang ditulis dan di ilhamkan oleh YAB Menteri Besar Perak ini menggunakan pendekatan kewartawanan kreatif, sementalahan Malim Ghozali Pk sendiri menulis dalam genre sastera. Cara penulisan sedemikian akan memberikan kelainan dan impak yang berbeza kepada pembaca.

Di antara kandungan buku dwi-bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) ini adalah Kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat. Detik-detik peristiwa Barisan Nasional kembali berkuasa, peranan IDR Dalam Merialisasikan Perak Aman Jaya dan pencapaian kerajaan Barisan Nasional di sepanjang musim baru.

Buku “Impian Bersama : Cabaran-cabaran Mutakhir dan Mendatang” adalah buku pertama terbitan IDR. IDR akan mengeluarkan lebih banyak lagi buku-buku dan artikel-artikel yang berkaitan dengan Negeri Perak bagi menghidupkan kembali tradisi membaca di kalangan rakyat.

Pembentukan IDR sebagai badan pemikir kepada Kerajaan Negeri Perak adalah bagi mencapai matlamat mewujudkan Perak Amanjaya yang visinya adalah menjadikan Negeri Perak maju dan difasilitasi oleh para profesional yang berpengalaman dari berbagai industri.

Tujuan ini secara tidak langsung akan membantu kerajaan negeri dalam memdapatkan kembali pacuan sosio-ekonomi selain meningkatkan Negeri Perak untuk menjadi yang disegani.

Untuk itu, IDR akan memfokuskan pada tiga bidang utama, iaitu :

a) Untuk meningkatkan lagi dasar-dasar sosio-ekonomi dan pembangunan Negeri Perak.

b) Untuk mentransformkan syarikat berkaitan negeri (SLC) dan badan-badan persatuan yang berkaitan dengan negeri.

c) Untuk mencipta kerjasama yang erat di antara pelabur-pelabur dengan kerajaan negeri bagi meningkatkan industri swasta.

Perak Amanjaya adalah sebuah inisiatif menyelaraskan sosio-ekonomi di Negeri Perak untuk bergerak bersama menuju satu bagi mencapai keamanan dan kejayaan. Negeri Perak akan memenuhi janji dari “3Q” iaitu “Peluang Berkualiti”, “Pendapatan Berkualiti” dan “Kehidupan Berkualiti” untuk seluruh rakyat Perak termasuk pekerja, pengusaha, perniagaan pelaburan dan semua yang tinggal atau melakukan perniagaan di Negeri perak, tidak mengira bangsa, agama dan umur.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");