Perak Hari Ini

Pendidik Wajar Fahami Budaya- Tuanku Bainun

Warga pendidik  di negara ini harus mempunyai pemahaman budaya yang baik dan sentiasa menanamkan semangat perpaduan di kalangan pelajar selaras dengan konsep 1Malaysia.

Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun bertitah, guru tidak sewajarnya mengeluarkan perkataan yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Tanam sifat hormat menghormati di kalangan pelajar dan elak sikap benci-membenci terhadap sesuatu kaum.

“Jangan menyinggung  perasaan orang lain melalui kata-kata sindiran yang berbaur perkauman,” titah baginda  semasa merasmikan Sidang Kedua Istiadat  Konvokesyen ke-12 UPSI di Dewan SITC di Tanjung Malim, hari ini.

Titah baginda lagi, pendidik juga perlu mengelak  daripada menghina mana-mana pihak kerana kebencian kaum boleh menggugat ke tenteraman awam selain menjejaskan pembangunan negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");