Perak Hari Ini

Perak Akan Dapat Pandangan Pelbagai Pihak Sedia Bajet 2011

KUALA KANGSAR, 16 Okt (Bernama) — Kerajaan negeri Perak akan mencontohi strategi Kerajaan Persekutuan bagi merangka Bajet 2011 dengan mendapatkan pandangan dan input daripada pelbagai kelompok masyarakat, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Katanya, rundingan dengan pelbagai pihak seperti wakil industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ketua masyarakat dan pemimpin akar umbi akan dijalankan dalam merangka bajet negeri tahun depan.

Beliau berkata kerajaan negeri Perak juga akan turut mengutamakan program untuk membantu kumpulan 40 peratus terbawah dalam sosio-ekonomi seperti Bajet 2011 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

“Kita kini mendengar pandangan pelbagai pihak yang mewakili semua kelompok masyarakat sebelum merangka bajet untuk rakyat…Kerajaan negeri ingin mendengar apa yang rakyat mahu dan kita akan memberi apa yang mereka mahu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Sehari Bersama Warga Pendidik di Manong dekat sini.

Pembentangan Bajet 2011 dijadual pada sidang dewan undangan negeri bulan depan.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mencadangkan beberapa projek penting dan telah memohon peruntukan sebanyak RM3 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-10 yang akan bermula pada tahun depan.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");