Perak Hari Ini

Perak Sentiasa Pantau Pengambilan Pasir Secara Haram

Kerajaan negeri sentiasa memantau ketat aktiviti pengambilan pasir secara haram di Perak, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata kesungguhan kerajaan negeri ini dapat dilihat pada rekod Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri.

Satu kes pengambilan pasir secara haram telah dibawa ke mahkamah manakala sebanyak 97 kes lagi yang melibatkan pelanggaran syarat permit pengambilan pasir telah diambil tindakan sepanjang tahun ini, katanya.

“Kita tidak akan bertolak ansur (terhadap mana-mana pihak) lebih-lebih lagi jika ia ada melibatkan pegawai dan kakitangan kerajaan.

“Setiap kes itu akan dinilai mengikut merit masing-masing berdasarkan prosedur dan undang-undang yang ada.

“Tindakan menukar (pegawai dan kakitangan terlibat) sahaja tidak cukup. Ini tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri di sini hari Selasa.

Beliau diminta mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2009 mengenai prestasi PTG Negeri Perak bahawa aktiviti pengambilan pasir secara keseluruhannya adalah tidak memuaskan kerana berlaku banyak kes pelanggaran syarat yang ditetapkan.

Laporan itu menyarankan supaya penguatkuasaan dan pemantauan secara berterusan serta bersepadu dilaksanakan oleh jabatan berkenaan supaya aktiviti pengambilan pasir tidak mencetuskan impak serius terhadap alam sekitar.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");