Perak Hari Ini

Peserta konvoi motosikal berkuasa tinggi terbunuh dirempuh rakan

IPOH: Seorang peniaga yang menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi terbunuh apabila dirempuh rakan, selepas jentera yang dipacunya terbabas akibat bergesel dengan sebuah lori di Km 262.7 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Terowong Menora, di sini hari ini.

Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab berkata, Robert Lim Boon Huat, 52 dari Taman Desa, Kuala Lumpur maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Rakannya yang dikenali Cheng Teng Siong, 38, dari Puchong, Selangor hanya cedera ringan dalam kejadian pukul 11.15 pagi itu, katanya ketika dihubungi di sini.
Mengulas lanjut, Mohd Rodzi berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila lori yang berada di hadapan Lim secara tiba-tiba memasuki laluan memotong di sebelah kanan.

“Ia menyebabkan motosikal yang ditunggang Lim bergesel dengan lori itu sebelum terjatuh, manakala Cheng yang mengekori tidak sempat mengelak dan merempuh Lim,” katanya.
Kejadian itu juga menyebabkan kedua-dua buah motosikal tersebut hangus terbakar.

Mohd Rodzi berkata, kedua-dua mereka bersama sembilan lagi rakan dalam perjalanan balik ke ibu kota selepas melawat Betong, Thailand.
“Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu telah membuat aduan dan memberi keterangan kepada polis,” katanya.-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");