Perak Hari Ini

Program Pembestarian SAR dilancar minggu depan

Kerajaan Negeri Perak akan melaksanakan program Pembestarian Sekolah Agama Rakyat (SAR) bagi memastikan pelajar sekolah itu tidak terpinggir dari arus literasi digital terutamanya bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, melalui program yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan negeri iaitu KPerak INC Corporation (KPerak), SAR yang dikenalpasti akan menerima sumbangan komputer dan perkakasan ICT.

Beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan bajet yang bersesuaian untuk memastikan program tersebut berjalan lancar bagi kebaikan dan manfaat generasi muda Perak.

“Program pembestarian SAR ini amat diperlukan khususnya di sekolah pedalaman agar jurang digital di kalangan rakyat Perak dapat dirapatkan selain membantu meningkatkan kadar penembusan internet di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Kuala Lumpur, hari ini.

Program Pembestarian SAR negeri Perak bakal dilancarkan pada 27 Oktober ini sempena lawatan Menteri Besar ke Sungai Siput (U) dengan majlis penyampaian 50 buah komputer kepada 25 buah SAR dari sekitar daerah itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");