Perak Hari Ini

Program turun padang mengembalikan sokongan terhadap BN

Langkah yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertemu rakyat dalam siri program turun padang ke seluruh negara akan mempercepatkan proses mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata selain merapatkan lagi hubungan antara pemimpin dan rakyat, ianya juga memberi peluang kepada pemimpin negara melihat sendiri permasalahan rakyat.

“Ianya juga dapat memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN dan parti pemerintah,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada masyarakat India sempena sambutan Hari Deepavali di Pulau Pangkor.

Pada majlis anjuran MIC Cawangan Pangkor itu, seramai 55 warga emas dan golongan miskin menerima sumbangan berupa duit dan barangan keperluan harian daripada Zambry yang juga ADUN Pangkor.

Mengulas tanggapan bahawa program turun padang tersebut menunjukkan tanda-tanda pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir, beliau yang juga Pengerusi BN Perak, berkata BN Perak telah lama bersiap sedia.

“Kita sudah memastikan BN Perak dalam keadaan bersiap sedia dan saya rasa kita tidak akan menghadapi sebarang masalah jika pilihan raya diumumkan pada bila-bila masa,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");