Perak Hari Ini

Projek Kondominium Jadi Penanda Aras Baharu Di Ipoh

The Haven, projek kondominium tepi tasik mewah di Tambun, Ipoh, akan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM214 juta.

Disifatkan sebagai projek paling mewah di Perak, projek bangunan 26 tingkat dengan 489 unit itu dijangka menjadi penanda aras baharu untuk hartanah mewah di Ipoh dan pada masa yang sama merancakkan sektor hartanah di negeri itu.

Pemilik projek, Superboom Project Sdn Bhd, hari ini memeterai perjanjian di mana Bina Puri Holdings dan Beijing Construction Engineering akan menjadi kontraktor utama untuk projek kondominium itu.

Untuk GDV yang berjumlah RM214 juta itu, prinsipal bersama The Haven Sdn Bhd, Peter Chan berkata ini berdasarkan kepada rangkaian harga unit antara RM300,000 hingga RM1.7 juta berdasarkan saiz.

The Haven disasarkan siap pada tahun 2013.

Pakar hartanah telah mengunjurkan harga projek untuk akan kepada RM450 sekaki persegi.

Harga semasa untuk projek Blok A dan C ialah RM338 setiap kaki persegi.

Kira-kira 80 peratus daripada Blok A dan 20 peratus Blok C telah dijual. Pembinaan Blok B dijangka bermula dalam tempoh empat hingga enam bulan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");