Perak Hari Ini

Raja Ahmad Dilantik Semula Ke Dalam FAM

IPOH, 6 Okt (Bernama) — Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang tewas pada pemilihan dalam kongres FAM baru-baru ini, telah dilantik menganggotai dua jawatankuasa badan induk bola sepak itu.

Raja Ahmad berkata beliau telah dilantik oleh Presiden FAM Sultan Ahmad Shah bagi menganggotai Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Pertandingan FAM bagi penggal 2010-2014

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau menyifatkan pelantikan itu sebagai peluang yang sangat berharga kepadanya untuk terus menabur bakti dan sumbangan kepada FAM.

“Secara peribadi saya tidak sangka akan dilantik menganggotai dua jawatankuasa terbabit lebih-lebih lagi selepas tewas pada pemilihan dalam kongres baru-baru ini. Saya menjunjung kasih kepada Presiden FAM yang masih memberikan kepercayaan kepada saya untuk terus melibatkan diri dalam bola sepak negara,” katanya.

Raja Ahmad berkata selain dua pelantikan itu, Sultan Ahmad Shah turut memilihnya untuk menjadi ahli panel penasihat skuad kebangsaan bawah 23 tahun.

“Saya akan guna segala pengalaman dalam mengurus pasukan bola sepak negeri Perak dan kebangsaan sebelum ini untuk menjayakan skuad tersebut,” katanya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");